Sabtu, 27 Maret 2010

Nasehat buat wanita yang akan menikah.


Asslamualikum Warohmatullohi Wabarokatuh

Seorang wanita Arab memberi nasehat kepada putrinya yang akan menjadi pengantin:
“Wahai puteriku, kamu akan meninggalkan rumah di mana kamu dilahirkan dan tempat di mana kamu hidup, menuju “sangkar” yang belum kamu kenal, teman yang kamu belum terbiasa kepadanya. Jadilah kamu hamba baginya, maka dia menjadi hamba bagimu. Peliharalah sepuluh perkara untuknya:

Pertama dan kedua: berlakulah qanaah kepadanya dan berlakukan dia dengan mendengar dan taat dengan baik.

Ketiga dan keempat: perhatikan apa yang dilihat dan apa yang diciumnya. Jangan sampai matanya melihat hal buruk padamu dan jangan sampai dia mencium daripadamu, kecuali yang terharum.

Kelima dan keenam: perhatikan waktu makan dan tidurnya. Terlalu lapar itu mengganggu dan kurang tidur itu membuat marah.

Ketujuh dan kelapan: jagalah harta bendanya dan sanak saudaranya. Yang mustahak dalam harta benda adalah mentadbirnya dengan baik. Yang mustahak dalam rumahtangga adalah mengurusnya dengan baik.

Kesembilan dan kesepuluh: Jangan membantah perintahnya dan jangan pecah amanah serta membuka rahsianya. Jika kamu melanggar perintahnya, maka bererti kamu membuatnya marah. Jika kamu pecah amanah, maka kamu tidak aman daripada khianatnya.

...

Di samping itu, janganlah kamu gembira di hadapannya tatkala dia sedih. Janganlah kamu bersedih di hadapannya apabila dia gembira. Yang pertama termasuk kesalahan dan yang kedua menciptakan keadaan yang runsing.

Jadilah kamu orang yang paling menghormatinya. Maka dia menjadi orang yang paling menghormatimu. Ketahuilah, bahawa kamu tidak berjaya menggapai apa yang kamu inginkan, sampai kamu lebih mendahulukan rasa sukanya daripada rasa sukamu, sama ada mengenai apa yang kamu inginkan maupun kamu benci. Semoga Allah Subhanu wa Ta’ala memberikan yang terbaik kepadamu.

Wassalamualikum..

0 komentar:

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Posting Komentar